Tuesday, November 16, 2010

Kenapa aku tidak setuju dengan Subkhiddin...

Siapalah aku banding dengan Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh, anak Melayu pertama menjejakkan kaki ke Piala Dunia selaku pengadil? Apabila Cikgu yang sangat aku hormati ini tidak terpilih langsung untuk mengadili satupun perlawanan di Afrika Selatan dan sebaliknya sekadar menjadi pengadil keempat, aku mempertahankannya dan mempertikaikan keputusan jawatankuasa pengadil FIFA. Baca kolumku di Brunei Times dan kolumku di Kosmo

Mengulas tindakan Ben Williams sekonyong-konyongnya melayangkan kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan, Subkhiddin menongkah arus sentimen dan sependapat dengan rakannya dari Australia itu. Baca di sini

Namun, kalau Cikgu Subkhiddin yang menyambut ulang tahun ke-44 serentak dengan Eidul Adha esok yang mengadili perlawanan itu, aku rasa:

1. Cikgu Subkhiddin harus perasan bahawa Mahali dijatuhkan sebelum beberapa saat kemudian membuat two-footed lunge ke arah pemain China.
2. Benar terjahan dua kaki Mahali mengikut undang-undang wajar diberi kad kuning, tetapi banyak kali juga pengadil boleh memberi amaran lisan terlebih dahulu.
3. Tentu Cikgu Subkhiddin perasan Malaysia yang patut dapat throw-in pada minit ke-25 tetapi penolong pengadil bagi dekat China, itu yang Mahali marah dan sepak bola.
4. Benar Mahali bersalah kerana ungentlemanly conduct tetapi kalau kesalahan pertama hanya diberi amaran lisan, Mahali diberi kad kuning dan masih kekal di padang.
5. Cikgu Subkhiddin tentu perasan Safiq Rahim sekadar menyuarakan bantahan atas kedudukannya selaku kapten. Atau mungkin tindakan dia terpegang tangan Williams salah? Yang aku tahu kalau pemain menolak pengadil terang-terangan atau meludah, macam Abdul Manaf Mamat buat dekat Subkhiddin, baru wajar dikenakan kad merah.
6. OKlah, Kunanlan bersalah. Sekali lagi pengadil diberi ruang mengamalkan budi bicara...

Kesudahannya, Ben Williams, tidak ada budi, tidak reti bicara...

Satu lagi faktor, Ben Williams Ref of Oz ini ada rekod buruk ketika Malaysia dibelasah 5-0 dengan UAE awal 2009.

Maka dengan ini, aku mencadangkan kepada Naib Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, agar mengemukakan bantahan jika satu hari kelak Williams dipilih mengadili mana-mana perlawanan membabitkan Malaysia. Itu hak kita!

11 comments:

Unknown said...

I agree with the action to issue an objection to AFC regarding the standard of referee in Asian Games and hope the AFC will open their investigation toward Ben William performance.

Ahmad Qayyum Tabrani said...

Salam dari perantuan semua..

Untuk makluman, saya pelajar Malaysia yang mengambil satu kursus kokurikulum mengenai bolasepak dan undang-undang bolasepak adalah diwajibkan dalam kursus ini. Pensyarah2 saya terdiri drp kalangan instructor pengadil yang didatangkan khas dari Persatuan Bolasepak Jerman atau Deutscher Fussball-Bund (DFB) dalam Bahasa Jermannya.

Ketika membelek2 wall fb sdr Hafizal Hamad, saya terbaca komen yg saya cut n paste seperti di bawah:

"Cikgu Labu: Kad merah shafik mmg x patut sbb sbg kapten,dia berhak utk bersuara & membantah tindakan ben."

Mentaliti atau pendapat di atas harus diperbetulkan secepat mungkin supaya generasi akan datang tidak terpesong dgn pendapat yang tidak tepat ini.

Seseorang ketua pasukan hanya BERHAK DAN BERTANGGUNG JAWAB KEPADA RAKAN-RAKAN SEPASUKANNYA saja. Dari segi spirit Laws of the game, dia tak de hak langsung untuk bertanya, mempertikai apatah lagi membantah keputusan pengadil. Tiada mana-mana peruntukan dalam mana-mana bahagian undang-undang yang menyebut akan hak dan keistemewaan seseorang ketua pasukan itu.

Orang yang berhak menegur atau bertanya, cuma referee Assessor ataupun match commissioner untuk perlawanan itu saja.

Namun saya bersetuju, sebagai manusia biasa, mungkin seseorang kapten boleh bertanyakan sesuatu kepada pengadil tetapi biarlah dengan cara yang sopan. Tetapi bagi mengelakkan berlakunya masalah komunikasi dan pemahaman yang salah, lebih baik saja berdiam diri supaya tidak disalah ertikan...

Ingat, kita semua bertanggung jawab mendidik generasi akan datang. Jangan lepas ni kapten pasukan sekolah rendah turut membuat benda yang sama selepas membaca pendapat seperti yang dinyatakan...

Maaf seandainya coretan ini tidak disenangi. Selamat Hari Raya Aidil Adha dari saya di perantauan.

Ahmad Qayyum Tabrani
Pelajar Sarjana Pendidikan
Faculty of Education Science
Goethe-Universitat Frankfurt
Senckenberganlarge 3,
60325 Frankfurt am Main
Germany

saiful said...

Saya bersetuju dengan saudara...

Saya juga amat menghormati Subkhiddin, namun dalam hal ini saya merasakan kenyataan Subkhiddin kalau diamati secara halus lebih memfokuskan kepada tindakan pengadil memberikan kad kepada pemain Malaysia. Tetapi dalam kenyataan Subkhiddin (Berdasarkan akhbar Sinar Harian), tidak menyatakan pandangan beliau terhadap keseluruhan perlawanan yang menyaksikan pengadil dari Australia tersebut bertindak berat sebelah.

Bagi saya kenyataan Subkhiddin adalah hanya merujuk kepada kejadian layangan kad kepada pemain Malaysia dan saya rasa beliau mungkin mengelak dari menyentuh kesilapan dan kelemahan pengadil tersebut kerana atas kapasiti beliau yang juga seorang pengadil tidak membolehkan beliau untuk mengeluarkan kenyataan kenyataan tertentu.

Saya tak bersetuju dengan layangan kad merah terhadap Shafiq Rahim yang bagi saya mungkin hanya kad kuning yang paling wajar, namun hal dalam padang, kita tidak tahu. Mungkin juga Shafiq mengeluarkan kata-kata kesat hingga menyebabkan pengadil terus melayangkan kad merah walaupun dalam dunia bolasepak luar, pemain selalu mengeluarkan kata-kata kesat.

Namun secara keseluruhannya, bagi saya, pengadil Australia tersebut amat lemah mengawal perlawanan dan bertindak berat sebelah.

Anonymous said...

Benarlah kata Saiful bahawa Subkhiddin membuat kenyataan atas kapasiti seorang pengadil. Namun jika diamati seolah olah pemain negara yang dipersalahkan akibat "tekanan". Siapakah yang lebih memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini?

Mungkin Subkhiddin patut mengulas tentang terjahan keras ke atas Chanturu atau siku yang mengenai Idlan. Boleh pula Ben menyuruh Idlan cepat bangun seperti menyalahkannya berlakon. Bagaimana tiada pemain China yang dikenakan kad?

Buat pengetahuan Ahmad Qayyum, Shafiq telah menjelaskan dia hanya bertanya kenapa. Ini dapat kita lihat sendiri dari TV, beberapa kali dia berkata "why?". Ben jelas tidak menjawab, yang lebih teruk tidak memberi amaran sebelum melayangkan kad merah itu. Tanpa mengira spirit the laws of the game, sesiapa sahaja boleh tahu mutu pengadilan tempoh hari adalah yang terburuk. Shariq hanya menjalankan tugasnya sebagai kapten, sama seperti mana mana kapten yang anda lihat dalam perlawanan bolasepak di Jerman atau Eropah apabila rakan sepasukan dibuang padang. Chauvinis seorang kulit putih mungkin? Atau telah dibeli?

Dari sudut yang positif, banyak yang kita telah belajar dari temasya Sukan Asia kali ini, bukan pelajaran dari Cikgu tetapi pengalaman yang sangat berguna buat skuad muda ini. Tunggu saja di Piala AFF nanti.

KLC 17

Unknown said...

salam lc..just a couple of words,lc..to my mind, what makes a good referee great is not so much his ability to have within his grasp all the rules and regulations of the game and interpret it rightly at any given moment.. no..it is more..in the words of a PDRM's slogan, it is Tegas, Adil dan Berhemah..and that night, Ben Williams has shown to the world that he is just a good referee..his lack of hemah, and adil will never make him into a great referee..and it is because of good referees like these that the game suffers..for great referees have soul..and an uncanny ability to see and read through the game and temper their decision accordingly..and bring the game to greater heights..I do not know who to quote as examples..but I know you can..cheers

Tengku Firmino said...

Salam Saudari Rizal..

Saya menghormati pendapat saudara dan juga pengadil kebanggaan kita Cikgu Subkhidin Salleh..Sebagai pengadil dibawah bumbung yang sama, saya cukup jelas komen yang dikeluarkan dan saya amat faham dengan situasi itu. Dan itu mungkin merupakan persembahan terburuk Ben Williams dalam kariernya.Namun yang nyata saya bersama-sama semua penyokong Malaysia yang cukup sedih dengan mutu pengadilan pada perlawanan itu.apapun lupakan lah insiden yang telah pun berlaku untuk kita sama-sama sabar menunggu aksi pada Piala Suzuki bulan depan.
(Ben Williams mungkin sama teruk prestasinya dengan pengadil Jorge Larrionda yang bertugas dalam perlawanan piala Dunia Eng vs Jerman di Afrika)

http://tengkusidek.blogspot.com

Anonymous said...

Saya bersetuju bahawa pengadilan benjamin williams wajar dipertikaikan. sememangnya dari segi peraturan tindakannya bolah dianggap betul, tetapi harus diingat bahawa pengadil juga mesti bijak untuk mengawal permainan. Tindakannya yang terus melayangkan kad tanpa memberi amaran lisan terlebih dahulu hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan emosi pemain terganggu tambahan pula beliau jarang sekali tersenyum walaupun beliau sebenarnya seorang guru. Jika kita lihat di EPL, protes daripada pemain adalah perkara biasa dan jarang sekali pemain dikenakan kad sebaliknya pengadil akan memberi penjelasan terlebih dahulu. Saya tidak hairan mengapa sukhbiddin setuju dengan ben williams, malahan saya juga tidak hairan mengapa beliau hanya menjadi pengadil ke-4 di piala dunia.

Dirtcon said...

Kita yakin komen yang dilakukan menjurus ke arah membantu teman seperjuangan . Jarang sekali seorang pengadil menonjolkan dirinya untuk memberi komen berhubung performance dan keputusan yg diambil rakan. Perlakuan ini hanya menjemput krtitikan kuat lebih lagi ia melibat negara sendiri....yg diadili oleh pengadil mat salleh.

Dirtcon said...

Kita yakin komen yang dilakukan menjurus ke arah membantu teman seperjuangan . Jarang sekali seorang pengadil menonjolkan dirinya untuk memberi komen berhubung performance dan keputusan yg diambil rakan. Perlakuan ini hanya menjemput krtitikan kuat lebih lagi ia melibat negara sendiri....yg diadili oleh pengadil mat salleh.

Bkk said...

I agree with you bro
Thanks

Unknown said...

Ni mesti Ben Williams ada yang tak puas hati dengan org kita ni..
buat duit