Monday, January 10, 2011

Ada syarat penaja?

Kafe Sukan episod kedua 2011 tadi mendedahkan beberapa isu menarik. Benarkah atau tidak sebuah bank meletakkan syarat Datuk Lee Chong Wei harus berada di bawah bumbung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum menghulurkan tajaan? Ia didedahkan pemerhati sukan yang juga bekas Pengarang Sukan Berita Harian, Norbakti Alias.

Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Wira Mazlan Ahmad pula mencadangkan agar struktur kejurulatihan BAM lebih fleksibel dan kurangnya tenaga profesional untuk mengurus modal insan dan bintang-bintang seperti Chong Wei dan Misbun Sidek.

"Kenapa tidak BAM benarkan Misbun latih satu kelompok pemain terdiri daripada pemain elit, remaja dan wanita, manakala Hendrawan latih kelompok lain tanpa berpandukan ranking tempatan?" soal Mazlan.

Bakti pula percaya ada tangan-tangan ghaib cuba mencemar imej BAM dan kepemimpinan BAM.

"Saya mendapat tahu penaja letak syarat akan menaja jika Chong Wei di bawah bumbung BAM. Apa akan jadi jika Chong Wei keluar? BAM tidak akan mendapat tajaan!"

Jadi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek harus sedar anasir-anasir luar BAM yang mahu lihat badminton negara porak-peranda. Barangkali ada juga beberapa blogger terbabit secara terus dalam hal ini.

Yang aku pelik Mumtaz Begum Abdul Jaffar pun buat kenyataan. Eh apa hal?

Adakah YAKEB nak ambik alih peranan Majlis Sukan Negara (MSN)?

Hanya kerana Mumtaz baik dengan isteri Perdana Menteri?

12 comments:

tokman said...

Dari tahun 40an Malaya dan sekarang Malaysia terkenal dengan kekuatan permainan badminton diseluruh dunia. Badminton salah satu sukan yang Malaysia sangat konsisten walau pun BAM selalu banyak masalah. Sudah sampai masanya BAM diterajui olih bekas pemain negara dan jurulatih2 diberi peluang mengedalikan latihan tanpa gangguan olih Exco BAM dll.....jika permainan merosot maka jurulatih ditukar seperti bola sepak diEngland! Yang mustahak SEKARANG mereka2 yang tak berminat dan tak faham hal ehwal keperluan pemain2 dan jurulatih2 sila letak jawatan secara sukarela supaya muka2 baru yang 'berkelayakkan' bolih ambil alih BAM. 2012 tak berapa hari lagi jadi pemain2 dan jurulatih2 perlu empunyai 'mindset' dan tumpuan sepenuhnya dari sekarang!

Anonymous said...

HENTIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM SUKAN!

Air liuh itu murah.... said...

Cadangan Dato' Mazalan adalah kurang sesuai memandangkan Dato' Misbun berkontrak dgn BAM. Adalah tanggungjawab BAM utk membuat keputusan tanpa mengira personaliti terlibat. Merancang latihan untuk sesebuah kumpulan atlet yang pelbagai tahap kebploehan adalah sukar dan membebankan kepada jurulatih. Jika Dato' Misbun inging melatih anak beliau, lakukan diluar masa latihan BAM. Tentang Dato' Lee , BAM dan penaja; itu adalah syarat biasa dan bukan bertujuan untuk memporak perandakan sukan. Yang bertujuan memporakperandakan adalah segelintir pegawai yang tidak berlatarbelakang sukan ttp membuat keputusan seolah mereka adalah pakar dalam bidang sukan. Golongan ini bukan hanya terdiri daripada pegawai persatuan ttp juga dari kalangan agensi kerajaan, pemberita dan ahli politik.

ASWAD said...

Salam abg rizal, kali ini saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya, ialah sejak komen di piala Thomas yg lepas. Perkara yg berlaku ini sebenarnya perkara biasa dan merupakan asam garam dalam BAM dan pegawainya. Kalau dulu ia ada rencah perisa Kari...kali ni banyak ginger la pulak...haa3. Harus kita ingat dan sedar bahawa Misbun sebenarnya seorang coach terbaik di dunia yang kita ada sekarang...semua perkara dibuatnya seorang, jika Lin Dan mempunyai seramai 5 kakitangan untuk membantu tapi Misbun, lone ranger jer....tak percaya, pergi la jenguk dia di rumah...duduk dimeja dan dikelilingi laptop untuk mencingak strategi bagi menyiapkan chong wei. Ini perkara tak boleh buat2 bang....ini hidup dan minat, macam orang giler mancing la...kena hantunya....macam tu la misbun dengan dunia badminton. Kadang2 tertarik saya nak kongsi pendapat yg menyatakan harus buat keputusan berdasarkan kepentingan negara terlebih dahulu....jadi apakah yg misbun buat sebelum ni...dia main congkak ker, sembang di kedai kopi ker? Tidak...semenjak kecil lagi zamannya, hidupnya telah diserahkan pada dunia badminton. Untuk siapa- MALAYSIA.Saya juga ada menjenguk bila Misbun buat coaching...lain bang, shuttle drillnya bukan melulu..tetapi ikut pada situasi dan konsep yang diaturkannya. Haaa....satu lagi bila dijenguk pada panel latihan..ntah apa nak panggil la....teringat masa latihan bersama Han Jian...bila diajukan soalan tentang ini...dia kata- saya tak nak cakap dengan orang yg tak tahu pasal badminton. Nama2 coach Msia yg terkini tidak boleh dijadikan sebagai panel...cari yg lain...bekas-bekas pemain..kita ada ramai yg hebat2. Mana pergi..mereka ni? Ingat lagi tak...saya pernah tulis pada abg...yg Han Jian sendiri tidak mahu kembali ke BAM kerana terlalu banyak POLITIK di dalamnya-byk rencah...pening.Hari ini pula, jurulatih harus ade minda terbuka untuk berubah...ayat ni bukan untuk Misbun. Tangisan ketika wartawan menjenguk beliau di kg menceritakan segalanya...Misbun bukan pelakon, ahli politik atau presiden...yang dia tahu main badminton jer...mcm jamal abdillah..dia hanya tahu menghibur dan menyanyi jer..dilahirkan dan di anugerahkan sebegitu.Dato Nazmi, kita hormat dia sebagai ahli perniagaan tetapi manusia bukan enjin proton.Beliau kena renung jauh balik...mengapa ini terjadi. Seperkara lagi ialah mengenai kemenangan chong wei yg hanya utk Super Series dan tidak di major tournament dipertikaikan.
Adakah seseorang tak nak makan benda sedap tapi nak makan yg tak sedap jer....tak nak markah A tapi nak B jer dlm hidup...mane ader? Dia dah yg terbaik di zaman ini...tetapi Lin Dan setakuk lebih baik-terima hakikat ini...mana ada pemain China lain yang boleh beat C.wei? Hanya Lin Dan yang mampu atasi C.wei. C.wei kalau kita selami perasaan dia pasti dia nak dilahirkan pada zaman yg tiada manusia bernama Lin Dan..tetapi inilah namanya cabaran dan dugaan..mana BAM nak faham? Laporan pulak, Misbun adalah orang yg paling awal meghantar laporan pemainnya.Mengapa sekarang pulak isu ini dipersoalkan? Mengapa nak latih Ramdan? Misbun tahu apa yg nak dibuat kerana matanya mampu melihat who's the next? Seperti abg, bagus dalam penulisan tetapi manakan boleh utk melatih atau memilih pemain yg kita boleh gelar the chosen one. Saya juga tidak mampu? Bukan bidang kita...tapi yg duduk diatas, tak tahu apa itu badminton pandai cakap jer..dengan segala teori dan strategi kata mereka mampu.
Saya rasa cukup dululah kita bincang perkara yg saya boleh gelar sebagai the long existed tango in BAM.Kita harus ingat...ganti individu dalam persatuan mudah...tapi Misbun satu anugerah badminton buat Malaysia..sepertimana Swee king untuk Indon..mahupun Yang Yang buat China.

Hargai sementara masih ada....jgn dah xder baru nak bagi tansri atau namakan jalan..haa3

ASWAD said...

Salam abg rizal, kali ini saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya, ialah sejak komen di piala Thomas yg lepas. Perkara yg berlaku ini sebenarnya perkara biasa dan merupakan asam garam dalam BAM dan pegawainya. Kalau dulu ia ada rencah perisa Kari...kali ni banyak ginger la pulak...haa3. Harus kita ingat dan sedar bahawa Misbun sebenarnya seorang coach terbaik di dunia yang kita ada sekarang...semua perkara dibuatnya seorang, jika Lin Dan mempunyai seramai 5 kakitangan untuk membantu tapi Misbun, lone ranger jer....tak percaya, pergi la jenguk dia di rumah...duduk dimeja dan dikelilingi laptop untuk mencongak strategi bagi menyiapkan chong wei. Ini perkara tak boleh buat2 bang....ini hidup dan minat, macam orang giler mancing la...kena hantunya....macam tu la misbun dengan dunia badminton. Kadang2 tertarik saya nak kongsi pendapat yg menyatakan harus buat keputusan berdasarkan kepentingan negara terlebih dahulu....jadi apakah yg misbun buat sebelum ni...dia main congkak ker, sembang di kedai kopi ker? Tidak...semenjak kecil lagi zamannya, hidupnya telah diserahkan pada dunia badminton. Untuk siapa- MALAYSIA.Saya juga ada menjenguk bila Misbun buat coaching...lain bang, shuttle drillnya bukan melulu..tetapi ikut pada situasi dan konsep yang diaturkannya. Haaa....satu lagi bila dijenguk pada panel latihan..ntah apa nak panggil la....teringat masa latihan bersama Han Jian...bila diajukan soalan tentang ini...dia kata- saya tak nak cakap dengan orang yg tak tahu pasal badminton. Nama2 coach Msia yg terkini tidak boleh dijadikan sebagai panel...cari yg lain...bekas-bekas pemain..kita ada ramai yg hebat2. Mana pergi..mereka ni? Ingat lagi tak...saya pernah tulis pada abg...yg Han Jian sendiri tidak mahu kembali ke BAM kerana terlalu banyak POLITIK di dalamnya-byk rencah...pening.Hari ini pula, jurulatih harus ade minda terbuka untuk berubah...ayat ni bukan untuk Misbun. Tangisan ketika wartawan menjenguk beliau di kg menceritakan segalanya...Misbun bukan pelakon, ahli politik atau presiden...yang dia tahu main badminton jer...mcm jamal abdillah..dia hanya tahu menghibur dan menyanyi jer..dilahirkan dan di anugerahkan sebegitu.Dato Nazmi, kita hormat dia sebagai ahli perniagaan tetapi manusia bukan enjin proton.Beliau kena renung jauh balik...mengapa ini terjadi. Seperkara lagi ialah mengenai kemenangan chong wei yg hanya utk Super Series dan tidak di major tournament dipertikaikan.
Adakah seseorang tak nak makan benda sedap tapi nak makan yg tak sedap jer....tak nak markah A tapi nak B jer dlm hidup...mane ader? Dia dah yg terbaik di zaman ini...tetapi Lin Dan setakuk lebih baik-terima hakikat ini...mana ada pemain China lain yang boleh beat C.wei? Hanya Lin Dan yang mampu atasi C.wei. C.wei kalau kita selami perasaan dia pasti dia nak dilahirkan pada zaman yg tiada manusia bernama Lin Dan..tetapi inilah namanya cabaran dan dugaan..mana BAM nak faham? Laporan pulak, Misbun adalah orang yg paling awal meghantar laporan pemainnya.Mengapa sekarang pulak isu ini dipersoalkan? Mengapa nak latih Ramdan? Misbun tahu apa yg nak dibuat kerana matanya mampu melihat who's the next? Seperti abg, bagus dalam penulisan tetapi manakan boleh utk melatih atau memilih pemain yg kita boleh gelar the chosen one. Saya juga tidak mampu? Bukan bidang kita...tapi yg duduk diatas, tak tahu apa itu badminton pandai cakap jer..dengan segala teori dan strategi kata mereka mampu.
Saya rasa cukup dululah kita bincang perkara yg saya boleh gelar sebagai the long existed tango in BAM.Kita harus ingat...ganti individu dalam persatuan mudah...tapi Misbun satu anugerah badminton buat Malaysia..sepertimana Swee king untuk Indon..mahupun Yang Yang buat China. Jangan bila dah takde baru kita nak beri gelaran atau namakan jalan sempena nama Misbun…Ini dah lumrah di Malaysia.

Anonymous said...

korang ni patut masuk BAM laaa....macam tau semua je......

zid said...

Salam...
Saya agak kemuncak yang menyebabkan Misbun keluar dari BAM adalah bila anaknya Misbun Ramdan tidak diletakkan lagi dibawah seliaannya. Dia takut masa depan anaknya akan hancur jika dibiarkan dilatih oleh coach lain. Anak dia bukan budak sekolah lagi, sudah berumur 18 tahun tak salah saya. Kalau ikut trend masa ini, kebanyakan bintang2 sukan sudah mula menjadi bintang dan merangkul beberapa kejohanan utama pada usia 18 tahun termasuk Rafael Nadal (tenis), Datuk LCW, Hafiz Hashim, Lin Dan, Taufik Hidayat, Chen Jin, Chen Long, Heryanto Arbi dan kebanyakan pemain2 China. Datuk Misbun tidak mahu anaknya menjadi seperti beberapa pemain BAM yang telah keluar/bersara dan juga yang masih bernaung di bawah badan induk itu seperti Yeoh Kah Bin, Chan Kwan Beng, Lew Darren, Ariff Latif dan beberapa nama lain yang tidak tentu hala tujunya. Yang hairannya ada pemain2 itu yang telah berumur 24 dan 25 tahun tapi masih lagi duduk dalam back up squad dan dipanggil pemain muda.....memang lawak. Malah LCW sendiri pernah berkata lebih kurang macam ni "Sekalipun jurulatih Lin Dan yang melatih mereka, kalau tidak ada kesungguhan dan keazaman yang kuat, jangan mimpi lah" katanya. Misbun dan LCW adalah 2 orang pemain badminton yang mana komitmen dan kesungguhan mereka terhadap badminton sehingga menjadi seorang juara boleh diletakkan sebagai "penanda aras" (bench-marking) untuk dikejar oleh sesiapa yang ingin berjaya dalam badminton. Saya tidak pernah melihat mana2 pemain badminton negara yang menangis terisak2 bila jurulatih mereka berhenti.....itulah Datuk LCW ketika Li Mao meninggalkannya secara mengejut. Begitu juga dgn Misbun yang sanggup berlari ketika matahari tegak di atas kepala. Kalau tak ada ciri-ciri seperti itu, jangan mimpi lah untuk menjadi seorang juara dunia. Mungkin Roslin Hashim juga boleh dijadikan contoh. ...sebab itu dia pernah menjadi pemain No.1 dunia. Jika Hafiz Hashim juga seperti abangnya nescaya dah lama dah dia menakluk dunia....sayang.

This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pandangan saya,setuju sangat Misbun dan Lee Chong Wei keluar BAM.Biar orang politik sedar sikit duit bukan boleh beli segalanya.Jauhkan sukan dari orang politik.contohi hoki,keluar je 'sidia',terus 'berjaya'.

Anonymous said...

Sekiranya Misbun rasa dia tidak mendapat perhatian dan recognition dari BAM..then keluar la. Selain dari C wei, tidal ada pemian lain yang berjaya atau terserlah. Kejayaan C wei bukan la semata kerana punyai jurulatih yang terbilang, tetapi kerana pemain terse but juga punyai kemahuan dan kesungguhan yang tinge. C wei punyai semangat yang kental. Misbun keluar age..cuba la nasib d luar BAM, mungkin lebih baik. Tak payah buat laporan, tidak ada garis panduan persatuan, ..... d luar nanti ..