Tuesday, January 4, 2011

Membawa RG dan Piala AFF ke studio...

Tiga hari tidak tidur semata-mata nak pastikan K. Rajagobal muncul di studio menerusi program Kafe Sukan...episod pertama 2011.

Selesai urusan menghantar anak, renew insurans kereta orang rumah, mencari sekolah agama baru buat anak sulung sebelum mendapat kad touch and go aku tamat tempohnya, aku bergegas ke FAM, Noraini Taha PA Datuk Azzuddin Ahmad sudahpun menunggu. Piala disimpan kemas dalam kotak, dibungkus elok oleh bekas pengadil M. Saminathen.


Runner Astro Arena nak bukak business courier. Gambar Noraini ambik


Dibawa dalam kereta aku


Pengarah studio Farique Aldan nak pastikan aku bawak piala, bukan pinggan mangkuk nak makan free di Arena


Eh eh, lembu punya susu, sapi dapat julang piala...Hafizan Halim meniru gaya Safiq Rahim...


Terpaksa rakam segmen Chai Fong Yin dan Pandelela Rinong Pamg terlebih dulu


Habis beramah mesra dengan Fong Yin dan Lulu Dolphin (FB nick Pandelela), aku bergegas ke Filem Negara, guard kata mungkin rakaman habis 6 petang! Hah! Nak luruh jantung aku...aku diizin masuk, ke Pentas Bunyi...tanya krew, program apa ni, untuk Astro Ria, hosnya Datuk Siti Nurhaliza...coach Raja lama lagi ke...dah nak habis dah...aku tunggu di bilik VIP, Raja bersama isteri Puan Chantra, melayan permintaan mengambil gambar rupa-rupanya...Fahrin Ahmad pun nak ambik gambar...

Raja nampak aku, hah Rizal, I told them I had another recording, Rizal Hashim waiting for me...because the recording here was delayed...so I told myself, alah, no need la with Rizal Hashim...lega, lega...kalau tak kena cancel interviu dengan Raja...


So aku bagitau Raja, lepas ni, Astro dah sponsor FAM, coach kena datang every time kita panggil you hahahah


Last-last, runner Kafe Sukan diberi peluang pegang piala dengan Raja...lepas tu diaorang bungkus balik piala, akhirnya aku pulangkan ke FAM nak dekat pukul tujuh malam...

10 comments:

Khalifah Kecil said...

bestla...akhirnya runner Astro Arena dapat gak merasa pegang piala AFF Suzuki...~hehehe~...dengan RG lak tu..

sukasuka said...

haha..saya tengok pagi tadi sebelum pergi keje..

Anonymous said...

Sebenarnya saya tonton rancangan ini dan agak kecewa kerana Rajagobal tidak menyebut tentang usaha yang dilakukan oleh jurulatih-jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Ada Rajagobal sebut mengenai dia dan Faozi dan tan pergi mencari pemain-pemain ini tetapi berapa ramai sebenarnya yang ada di bukit jalil dan diasah bakat mereka di situ...saya kecewa kerana saudara juga tidak menafikan atau menambah apa-apa dalam temu bual itu.
sekian

peminat kafe sukan

Anonymous said...

Rizal,
Sy kecewa jugak krn RG tak menyebut usaha yg dilakukan oleh jurutatih-jurutatih di sekolah menengah seluruh malaysia, sekolah rendah seluruh malaysia. Dan juga sekolah tadika seluruh malaysia, kelab-kelab seluruh malaysia, pejabat sukan daerah seluruh malaysia, usaha semua ketua-ketua kampung seluruh malaysia. Agaknya cukup masa nak pay tribute to all of them? Aku rasa dia pun takde niat nak deny their contribution.

muteaudio

Tengku Firmino said...

Adui..teringin betul nak pegang piala tuh..tapi apakan daya..buat santapan mata sajalah..Mungkin masa tak mencukupi atau banyak lagi benda yang berlegar dalam fikiran dia..maafkan lah dia..huhhuhuhu..

zameer mansor said...

corak permainan yg diterapkan coach RG telah membawa piala AFF ke Malaysia..RG tau Malaysia susah nak main open football..hanya 3 pemain yg betul2 menyerang..ternyata berhasil..bijak2..

sukasukan said...

Salam Bro.
Seronok jugak dgr celoteh Rajagobal bercerita mengenai kejayaan skuad bola kita menjuarai Piala AFF, bagaimana ia bermula dll.
Tp pd saya, dua elemen yg menjadi resipi kejayaan skuad negara ialah latihan dan pendedahan antarabangsa yg sempurna menjelang kej AFF, diselit dgn sentuhan taktikal Rajagobal dan ketajaman penyudah Safee Sali.

Lihat kronologi berikut:
# Kebanyakan pemain sblmnya menimba ilmu di Slovak dan bertanding dlm liga. Ada juga main dlm Piala Msia.
# Latihan intensif menjelang Sukan Asia
# Perlawanan menentang Krygstan, Jepun, China dan Iran di Guangzhou.
# Perlawanan menentang Indon, Thailand dan Laos, sblm prestasi memuncak menentang Vietnam dan akhir sekali tumbangkan Indon di final.

Dalam erti kata lain, persediaan team Malaysia utk AFF ialah empat perlawanan pemanas badan di Guangzhou dan team semakin kuat apabila mendapat khidmat Safee utk ledakkan gol di AFF (note: Safee tak main kat Guangzhou).

Persediaan kali ini meliputi segala aspek pendedahan - mental dan fizikal. Ketahanan mental krn bermain dpn ribuan penyokong China dan players belajar lg apabila kena belasah 5-1 di Bung Karno. Players juga belajar tenangkan diri slps insiden 3 kad merah lwn China.

Mental smakin kuat bila pi Vietnam krn dah timba ilmu di Guangzhou dan Jakarta, players pun tak mengamuk atas pdg marahkan pengadil tak tentu pasal.

Fizikal pula semakin ampuh apabila sblmnya dah main kat Slovak, main dgn Krygystan, Jepun, China dan Iran, jadi apalah sgt si Gonzalez tu.

Pendekkan crita, Malaysia kalu nk terus menang lps ni, perlu guna resipi sama - main sbrapa byk international games kelas A sblm sesuatu kejohanan, bg memantapkan prestasi.

And of course, it would be nice if we have another two or three Safee Sali.

P/s: FAM pls jgn buat mistake lg lps ni, pls3.

Anonymous said...

What is very glaring is that many of the Malaysian players showed above avergae IQ.Notice how Kunalan outwitted the vietnamese into a dive, pulled in Markus to foul him (alas no penalty given), Norsharul anticipating the Indon defender's movement and running around him and Safee's excellent placement of the ball into the net (usually they would have whacked it to the stands).At last the hours spent in front of the TV watching BPL is paying off. Our boy's are thinking like the stars.

Iman

Ejoi said...

En. Rizal Hashim,

Ingin saya berkongsi 2 posting dari blog sukan SOKERNET yang membincangkan tentang penajaan Astro untuk FAM :

'Astro Tabur Duit: Kebaikannya Untuk Bolasepak Malaysia' boleh dibaca di sini :
http://sokernet.blogspot.com/2011/01/astro-tabur-duit-kebaikannya-untuk.html

dan 'Astro Tabur Duit 2: Apa Yang Kita Tidak Mahu Terjadi' boleh dibaca di sini
http://sokernet.blogspot.com/2011/01/astro-tabur-duit-2-apa-yang-kita-tidak.html


Penulis telah menimbulkan berbagai pandangan yang boleh dijadikan input. Mungkin ianya tidak seberapa namun diharap ianya dapat menyumbang kepada pembangunan sukan bolasepak negara.

Sekian.

Hakim Amir said...

hehehe...loose cannon, program dgn Datuk Siti Nurhaliza tu aku yg handled..i was inside the studio at that time..awat tak masuk dulu? heheh anyway sorry for the delay in that show involving coach Rajagobal/wife & Datuk Siti ...