Saturday, January 22, 2011

Misbun kembali...

Dalam arena sukan kita, politikus banyak mempengaruhi keputusan dan dasar-dasar kita. Lazimnya politikus yang bergelar Pak atau Mak Menteri (merujuk kepada satu-satunya Menteri Belia dan Sukan dalam sejarah negara), memerlukan nasihat pelbagai pihak sebelum membuat keputusan. Di kalangan penasihat, ada juga yang punah-sihat. Ada yang berjawatan besar tapi lidah bercabang. Di akhir zaman, penasihat yang jujur, ikhlas dan tidak berkepentingan sukar dicari. Nak cari yang amanah macam mencari mutiara di dasar lautan yang amat dalam (meminjam kata-kata seorang ustaz). Bagi semua pegawai sukan - sama ada di pihak kerajaan atau bukan kerajaan seperti persatuan, Majlis Olimpik Malaysia dan sebagainya - nama anda jarang-jarang dikenang. Atlit dan jurulatih biasanya lebih dijulang dan tak luput dek zaman. Baca forum di Utusan Malaysia hari ini Misbun warga sukan tulen. Aku bersyukur Datuk Misbun Sidek bersetuju dengan nasihat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, agar kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Nak tengok populariti Misbun, apabila kehadirannya disambut tepukan gemuruh di Stadium Putra...tapi kalau pegawai masuk...orang tak endah.

18 comments:

Naim Sa'ari said...

alhamdulillah...misbun kembali....utamakan sukan negara...
chong wei berada di landasan yang terbaik...
maju sukan untuk negara...

noksokmo said...

yes yes yes

fairuz alwani said...

haa, baru la best misbun dah kembali.

muhd asri gp said...

Misbun jurulatih tempatan...utamakan jurulatih tempatan...dia lebih tahu buat kerja dia...Misbun bukan latih LCW sorang saje...tp nak buat mcm mane klu dah yg lain tak de bakat yg tinggi dan tiada usaha...bila Misbun minta player2 tertentu yang menurut pandangan beliau mempunyai potensi diserapkan di bwh latihan dia, BAM tak nak kasi...tapi bila timbul kes begini, mula la nak cakap Misbun hanya mampu naikkan sorang player saja...otak letak kat mana para pegawai2 BAM dan peminat2 badminton tanah air...pandai ckp aje...pegi la training pagi2 buta smpai ke ptg...tengok muntah ke tak...sorry kalau terkasar...hanya pandangan peribadi sahaja....

muhd asri gp said...

dlm kes Koo KK/Tan BH pula, masalhnya bkn pd gaya permainan mereka tp lebih kpd sikap mereka...Rexy ckp perlu arrogant dlm gelanggang...betul tp arrogant tu untuk mewujudkan rasa percaya diri dan yakin utk bermain...sbb badminton ni lebih kepada psikologi pemain...kalau psikologi pemain terganggu jek, permainan mereka akan menjadi huru hara...player Malaysia plak arrogant tp pada masa yg sama memandah rendah kemampuan lawan mereka terutama lawan2 dari negara bukan kuasa utama badminton dunia...lagi satu, player2 china sentiasa boleh melakukan smash secara berterusan even 10 kali pun walaupun berjaya diangkat oleh pihak lawan, tp kalau TBH yg smash, kalau 3 kali jek lawan mereka dapat balas balik, dah tak smash lagi dah lepas tu...jurang perbezaan yang sangat tinggi dari segi kekuatan fizikal da mental....

Burn said...

Setuju sangat dengan pendapat Muhd Asri GP. Chong Wei dah dijadikan ikon, Misbun jurulatih yang ada 'ong" dan mereka telah dilihat sebagai ikon. Apa salahnya??? Terima kasih banyak la BAM. Tak setuju sangat pulak dengan kata-kata Sdr Rizal LC mengenai jasa pegawai sukan tidak dikenang. Sebenarnya, pegawai yang efisyen dan rasional sentiasa dikenang dan diiktiraf. Lagi pun, jelas terang lagi bersuluh, Rizal pun menggambarkan nawaitu pegawai sukan zaman sekarang, nak tumpang glamer, populariti dan diangkat masyarakat jugak!! Mereka sebenarnya tetap ada tempat, tapi jangan jeles dengan atlet dan jurulatih la dan seterusnya berfikiran sempit (dalam kes Misbun)..dalam dunia sukan, atlet dan jurulatih memang watak utama di kalangan peminat...itu susunannya, lumrah dan seronoknya sukan!!!

Anonymous said...

misbun masuk stadium mcm roger federer masuk stadium grand slam australia open...bertapa terharunya rakyat malaysia, BAM patut nilai balik CTC..THOMAS cup memang gagal...tp BAM bleh jamin dgn ade nye CTC, kita bleh mng thomas cup..jgn cepat melatah k

Anonymous said...

Salam bagi saudara Rizal,
Seperti yang telah hang jelaskan dahulu, apa yang berlaku sebalik tabir hanya segelintir yang mengetahui. Misbun menerima gaji lumayan dari MSN/BAM sejak zaman beliau menerajui Nusa Mahsuri- NM-( yang gagal diuruskan dengan jayanya). Berjuta-juta dibelanjakan demi kejayaan NM. Alangkah sedihnya ramai peminat tidak mengetahui sumbangan MSN. Seperti dinyatakan siapa berani menidakkan permintaan saudara Misbun? nahas yang dicari..kejayaan Lee bermula sejak dari Sek. Sukan Bukit Jalil..mana pengiktirafannya kepada jurulatih yang melatih strok yang betul, footwork.. dll..Malah, Lee menyangkal sumbangan Lee Mao..tak mengapa kita tunggu dan lihat perkembangan di Indonesia nanti..benar jurulatih pandai berpolitik..semasa Lee bermain dengan Hu Yun, dari HK yang kalah teruk, kononnya Misbun masuk gelanggang memberi tunjuk ajar pada Lee..dengan tepukan gemuruh para penonton..berhubung dengan anaknya..mengapa Misbun tidak boleh melatih lebih masa selapas Ramdan menjalani latihan dgn Hendarawan? Wajarkah guru tingkatan 5, menyatakan pelajar berumur 10 tahun dimasukkan kedalam kelas guru tingkatan 5 semata-mata guru tingkatan 5 melihat ada potensi pelajar tersebut menjadi pelajar cemerlang..lain lah kalau kurniaNYA pelajar tersebut seorang genius.. cuba lihat ranking Ramdan dalam skuad pelapis..lihat sistem latihan di denmark, england dan di indonesia..semua mengikut proses berkala..mengikut jadual peningkatan pemain tersebut. seperti hang nyatakan dengan izin,hanya Allah yang Maha Esa mengetahui muslihat-muslihat di sebalik tabir.. bagi Misbun tepuk dada tanya selera. Bagi Lee beliau tidak mampu beraksi cemerlang di Olimpik..lihat sahaja prestasi di Korea SS kelak .. W.salam

Anonymous said...

Misbun amat penting untuk negara... Saya nak komen sikit prestasi skuad negara... kelemahan paling utama dalam skuad negara ialah tidak menjaga kecergasan... buktinya ialah :
1. Para pemain BAM semakin gemuk
2. Lee Chong Wei seorang yang menjaga kecergasan, buktinya lihat badannya.
3. Pemain-pemain yang gemuk tidak mampu bergerak pantas.
4. Pemain-pemain beregu semakin gemuk...

Kesimpulannya, Perlu ada body challenge dalam BAM barulah ada kemajuan... jaga pemakanan, jaga latihan, kurangkan berat badan sehingga senang bergerak

Anonymous said...

Majulah sukan Malaysia.
Salam bagi mu Bro Rizal, Saya pikir bro, you kena selidik lebih lagilah berhubung dengan saga Misbun ini. Mungkin Misbun tergugat dengan kewibawaan Hendrawan kot. Pengetahuan umum pencapaian Hendrawan memang menyerlah. Misbun perlu buktikan beliau mampu mencungkil bakat secara sendiri janganlah macam lembu punya susu sapi dapat nama, mana patut. Lee Chong Wei, pemain yang diasar oleh Li Mao, seperti kacang lupakan kulit nafikan sumbangan beliau..cubalah Chong Wei cakap pada Li Mao sendiri. Misbun mampu menaikkan tahap pemain ke tahap tinggi, tapi tidak setinggi prestasi Super Dan. (lihatlah aksi Super Dan di Korea nanti.) Misbun terkenal sebagai stroke player, mengapa beliau enggan berganding bahu dengan jurulatih lain? Jangan kita pandang enteng kewibawaan jurulatih luar. satu lagi, kesetiakawan tidak ada dalam skuad kebangsaan jika diperhatikan semasa Terbuka Malaysia. Semasa Zakry dan Tien How bermain mana bergu emas kita dalam memberi sokongan? Bila kita nak belajar tentang semua ini? Bila LCW bermain dengan pemain HK Hu Yun bukan main Misbun masuk nak beri pep talk. buat apa.pertarungan LCW dan pemain itu bagai budak 10 tahun bertarung dengan Misbumlah. tak payah Misbun berpolitik depan peminat dan Tun dan Datin Sri. Beliau emo sangat relaklah brother. betul juga apa yang dikatakan Misbun pandai tagih simpati. Bro Rizal cuba semak pencapaian pemain2 di bawah Misbun, Chan Kwang Beng, Lok Chong Che apa yang dicapai? Kemudian prestasi Rexy, dapat dia mencungkil Koo dan Tan. tolonglah bro Rizal, bantu kami warga badminton yang celik dalam isu-isu ini dengan memberikan kritikan bernas demi kemajuan sukan badminton di Malaysia. sepekara lagi adakah isu-isu match fixing diketahui umum? Mengapa bro, dikalangan reporter kami tidak tergerak membuat investigative reporting? - peminat sukan

Anonymous said...

Tepat sekali Anon Jan24, 5.48pm.

Lyiana said...

salam,
selama ni sy hanyalah silent reader..terpanggil utk menulis

Misbun menerima gaji lumayan dipersoalkan?.. Hadiah yang ditawarkan dalam sukan badminton cukup bnyak, rasanya dia berhak mendapat haknya. Plus, saya tidak rasa Misbun yang meletak harga gaji beliau. Persatuan sendiri yang "bermurah hati" supaya dapat menahan Misbun agar tidak lari. Seingat saya, Misbun tidak pernah menyatakan atau menafikan sumbangan MSN terhadap semua kejayaan Chong Wei..cuma tiada publisiti yang ditulis oleh pihak media utk MSN. Mungkin selepas ni dokumentari sukan atau drama berunsur sukan perlu diterbitkan untuk membuka mata peminat sukan Malaysia.

Lee Chong Wei tidak menidakkan sumbangan Li Mao dalam kariernya, saya tidak tahu anda pernah lihat atau tidak pertandingan Malaysia Open Final dimana Chong Wei bertemu dgn Park Sung-Hwan, Chong Wei berjumpa Li Mao di akhir perlawanan tanda penghormatan.Kita as peminat dan juga orang luar sepatutnya dapat melihat dan faham body language sebegitu.Anggap sahaja, LCW sudah mengucapkan terima kasih terhadap pengorbanan individu-individu yang terlibat dengan melakar setiap kejayaan. Lagipun sudah jadi lumrah,even ucapan kejayaan seseorang pelakon di Anugerah Oscar pun akan dikaitkan dengan ibu bapa & family, yang terdekat Pengarah,Penerbit..etc. Begitu juga atlit seperti Chong Wei tidak salah beliau "mengagungkan" jurulatihnya Misbun..orang yang terdekat, yang berpengaruh serta paling lama bersama dengan beliau.

Misbun melatih adiknya Rasyid, dia juga sudah buktikan dia mampu lahirkan bebrapa pemain terbaik dunia. Passion dan sayang beliau terhadap badminton membuatkan beliau mengambil keputusan mengajar anak beliau sendiri.Dia sudah nampak apa yang akan berlaku dimasa depan.Kalau itu mampu menaikan nama negara,kalau itu caranya mampu memenuhkan Staium Putra Bkt Jalil
seperti skrg . Why not??. Kalau anda memiliki kereta mewah pasti pengorbanan duit dan masa utk maintanance, lain dr kereta biasa bukan? Anggap itu satu keistimewaan yang perlu persatuan beri pada Misbun.Jadi tidak perlu kita terus "membunuh" permintaan dan impian beliau sebaliknya beri Misbun peluang mengotakan janji.

Hu Yun budak sekolah?..saya rasa kalo Hu Yun faham B.melayu, menangis dia. Saya rasa kenyataan anda pasti berbeza jika ditakdikan Chong Wei kalah dalam game itu. Pada pendapat saya LCW antara sasaran utama setiap pemain men single. Siapa tak nak kalahkan dan memalukan sang juara 6kali(skg dah 7kali) kat tpt sendiri lg. Sometimes kita lupa, LCW itu manusia juga. Ada orang memerlukan duit, material things,utk capai apa yang diinginkan..dan Chong Wei memerlukan Misbun utk duduk dikerusi COACH. Atas kertas Chong Wei mmg boleh menang.Personally apa yang sy nampak, ia umpama "seorang anak kecil yang mahu ayahnya lihat dia bermain dan menunjukkan dia bermain bersunguh2 untuk ayahnya". Hu Yun cuma berada diwaktu yang salah kerana LCW bermain di tahap luar biasa nya,walaupun LCW tak perlu "membelasah" Hu Yun sebegitu rupa.

Mengenai anak didik Misbun yang masih belum menemui sentuhan mereka.Sy petik sedikit kata2 LCW;

The Star (21 dec 2010)
Chong Wei: Even Lin Dan’s coach will be of no help

By RAJES PAUL

IPOH: World No. 1 Lee Chong Wei says that Malaysian back-up shuttlers will not go anywhere if they do not change their attitude.
And there was sarcasm in his voice when he said that even Lin Dan’s coach, Tang Hsienhu, will not be able to make world beaters out of Malaysia’s current batch of back-up squad players.
Chong Wei was frustrated with lack of enthusiasm showed by the squad .....(the rest bley baca sndiri)

Biarkan LCW & Misbun dengan cara yang hanya mereka berdua sahaja memahaminya. Persatuan dan pihak2 lain pula teruskan berusaha mecari, mengilap dan fully utilize pemain2 muda berpotensi bagi memastikan Malaysia akan sentiasa menjadi negara yang digeruni dlm dunia badminton.

only my 2cents.

muhd asri gp said...

Anon 5.48pm....

kesian kau...bercakap mcm kau tau, padahal ko x tau....sebelum Li Mao, Misbun dulu yg latih Lee Chong Wei hingga dapat mara ke Final Malaysia Open 2003 yang sebelum itu adalah pemain yang kurang dikenali.jadi Misbun dah buktikan dia dapat cungkil bakat secara sendiri tanpa menafikan sumbangan jurulatih-jurulatih di SSBJ...jadi dlm hal ini, Li Mao la seperti lembu punya susu, sapi dapat nama...mana player Malaysia yg betul2 berjaya Li Mao naikkan selepas SSBJ???????????????

Anonymous said...

kegagalan LCW telah dijangka seperti dinyatakan - anny January 24, 2011 5:48 PM

mana pemain pelapis dari skuad Misbun..

Chong Wei dah dijadikan ikon, Misbun jurulatih yang ada 'ong" dan mereka telah dilihat sebagai ikon. Apa salahnya??? - Burn

nak harapkan ada ong tanpa penilaian saintifik dari ISN dan input MSN mestilah tak dapat melahirkan jaguh segagah LCW.

Mengapa selama ini Ramdan dibawah jagaan Misbun, Ramdan tidak boleh melepasi ranking yang disandang di skuad pelapis?
Seperti yang dinyatakan - anny. January 24, 2011 12:44 PM - mengapa Misbun tidak boleh menjalankan latihan bersama dengan jurulatih lain?



Bagi yang mengetahui jurulatih Morten Frost telah mengenalpasti talent LCW seperti yang dinyatakan
dan kemudian dilatih Misbun dan seterusnya Li Mao membuat "fine tuning" pada LCW sehingga LCW mencapai ke tahap kini. bagi menyatakan Misbun mencungkil bakat LCW adalah tidah benar tapi Misbun ialah jurulatih yang mampu membawa sesorang pemain ke satu tahap yang baik tapi lebih dari itu susah bagi beliau melahirkan seorang jaguh sehandal Lin Dan. ada sesuatu yang kurang..dan hakikat ini perlu diterima dan berkerjasama dengan semua pihak. Misbun tidak perlu bersandiwara, bercengkerama.. ianya tidak membawa manafaat kepada mana mana pihak..sikap profesionalisme sangat penting dalam bidang kejurulatihan. Zaman permainan Misbun dulu lain dari sekarang..dulu Rudy Hartono mampu menjuari berturut-turut dalam satu satu kejohonan. sekarang permainan lebih rancak dengan 21 point sistem, maka pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan.

Cuba perhatikan jurulatih2 China, sekiranya dalam satu satu pertandingan yang sangat penting jurulatih dari skuad-skaud lain akan memberi input bagaimana menangkis lawan Lin Dan.

Ramalan bahawasanya LCW tidak akan berjaya di Olimpik 2012- dukacitanya, adalah tepat sekali

muhd asri gp said...

anda tau tak beza mengenal pasti dengan membangunkan pemain???anda kata Morten frost mengenalpasti talent LCW....anda pernah tau tak yang frost juga pernah mengenalpasti talent yang ada pada Alan Tai dan meramalkan Alan Tai akan menjadi pemain besar pada masa depan???ke anda tak kenal pun sape Alan Tai ni??haha...jika anda mengatakan bahawa hanya dengan mengenalpasti sahaja tanpa dapat membagunkan pemain itu sendiri sebagai kejayaan mencungkil bakat, maka Frost juga bukan la orang yang layak...maka orang yang layak adalah coach yang paling awal mendidik LCW lebih layak mendapat pujian( jika menurut andaian yang anda utarakan)...begitu juga dengan Lin Dan...jurulatih Lin Dan iaitu Tong Sin Fu bukanlah org yang mencungkil bakat Lin Dan..

untuk melahirkan pemain yang sehandal Lin Dan bukan mudah...cakap pakai air liur senang la...malah Li Mao yg melatih Korea sebelum ini sebleum meletakkan jawatan dan melatih Indonesia pula yang anda gembar-gemburkan dan bangga-banggakan masih tak mampu melahirkan pemain sehandal Lin Dan....malah, tak salah juga untuk dikatakan bahawa jurulatih2 China juga gagal untuk melahirkan pemain2 mereka yang lain sehandal Lin Dan...betul profesional perlu dalam kejurulatihan...tapi profesional juga perlu dalam memberi komen dan pandangan...kena tau situasi dan fakta...bukan dengar cakap orang atau hanya baca surat khabar....sekian...ada lagi???...sila tulis....

Anonymous said...

assalamualaikum Rizal dan rakan-rakan sukan badminton

Malangnya dengan pendirian tidak berganjak keengganan menggunakan teknik latihan sejak saudara Misbun beraksi sebagai pemain dulu bukanlah caranya menaikkan taraf sukan badminton kebangsaan. Misbun perlu akur dengan peredaran masa dan juga teknik-teknik saintifik yang diguna pakai kini.Sampai bila saudara Misbun enggan menerima hakikat bahawa tidak ada jaguh lagi dari beliau sekiranya beliau terus abaikan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam sistem kejurulatihan. Abaikan politik, buktikan di gelanggang. Tetapi bukan dengan menyatakan kekalahan LCW adalah atas sebab sebab yang tidak terperinci, berikan alasan alasan yang lebih kukuh, lebih saintifik. Apa yang berlaku di Korea akan pasti berulang...itu kenyataan. Saya sudah menerimanya tetapi ramai sukar menerimanya. Satu tahun tujuh bulan lagi.. Olimpik 2012 bakal menjelma. LCW pemain yang terbaik Malaysia tapi tidak setangkas Super Dan dan jaguh-jaguh yang bakal muncul dari Indonesia (di bawah asuhan Lim Mao) dan Korea. Hanya kiranya dengan izin yang Maha Esa seorang atlet muncul daripada skuad pelapis berkaliber seperti Kok Keong atau Hafiz (hanya jika dia rajin berlatih)mungkin ada peluang. Kemenangan Lin Dan di Korea - di set ketiga - pada peringkat set 16 seri - menunjukkan perlakuaan seorang jaguh - iaitu apabila diperlukan Lin Dan mampu menjana ledakan menggasak bagi menumbangkan LCW tanpa sebarang tindakbalas. Misbun perlu akur kekurangan ini pada LCW dan dapatkan khidmat nasihat dari semua yang terlibat termasuk jurulatih-jurulatih lain, MSN, ISN dan BAM dan bukan sekadar bergerak ikut naluri sahaja. Beliau perlu belajar daripada kesilapan beliau semasa beliau seorang pemain dahulu, kegagalan Misbun memenangi kejohanan utama begitu ketara. Misbun banyak memenangi pertandingan yang tidak begitu di kenali, mananya pingat olimpik,all England dll. dan cara ini tidak wajar dicontohi oleh LCW. Malah LCW patut memilih pertandingan dengan teliti agar kecergasan fizikal beliau dapat memuncak di Sukan Olimpik London. Percaturan bijak perlu diambil berhubung latihan LCW seperti yang diatur oleh seluruh pasukan China bagi Lin Dan. Oleh itu Misbun sebagai jurulatih yang bertanggungjawab patut berkerjasama dengan MSN, ISN dan BAM jangan beliau suka ikut emosi. Beliau perlu akur akan kegagalan beliau di Nusa Mahsuri (sehingga kerajaan perlu campur tangan dan membantu - menyentuh sedikit tentang cerita latar belakang, belum lagi mengenai seorang pemain yang malang dibawah jagaan Misbun) dan secara rendah diri membantu negara dengan berkerjasama dengan semua pihak menghasilkan seorang juara di Sukan Olimpik di London. Kita sudah jelak mendengar jaguh kita sanjungi di Malaysia dipanggil Jaguh Kampung.. Misbun buat yang betul, dengan izin, Allah yang Maha pengasih dan mengetahui, kiranya Misbun secara rendah diri, berkerja sama dengan MSN, ISN dan BAM tanpa berpolitik, siapa dia Lin Dan ... semua akan tumbang..Cabaran bagi mu Ali (Bun) melakukan paradigma tersebut. .dari yang mengikuti perkembangan mu sejak kamu seorang pemain lagi..WSalam
No brags just facts.

Hanif said...

Assalamualaikum rizal....

Saya lihat ramai yang beri komen disini hanya melalui pembacaan di akhbar2 sahaja tanpa melihat sendiri apa pengorbanan dan usaha serta tenaga yang dicurahkan oleh pemain dan jurulatih tempatan.

Malah lebih memalukan apabila peminat yang mengatakan telah mengikuti perkembangan karier seorang jurulatih sejak menjadi pemain sehingga menjadi jurulatih mengatakan bahawa jurulatih tersebut tidak bekerjasama dengan MSN, ISN dan BAM.Inilah yang dikatakan tak tahu menahu tap buat2 tahu.Tak lihat sendiri dengan mata kepala sendiri, nak cakap itu ini.

Lagi satu perkara, ramai peminat yang mengaitkan corak latihan Misbun menggunakan cara lama iaitu ketika Misbun masih sebagai pemain.Adakah peminat ini tidak dapat membezakan corak permainan LCW yg lebih kepada menyerang biarpun ketika sebelum kedatangan Li Mao ke Malaysia dengan permainan Misbun yg lebih kepada stroke player. Tiap kali timbul isu Misbun, pasti perkara ini akan ditimbulkan.

Kepada Anon 1.47am, anda dengan jelas merupakan peminat Li Mao. Di bawah Li Mao, LCW selalu juga kalah.Tiada pula timbul orang mempertikaikan kreadibiliti Li Mao ketika itu.

Saya sokong muhd asri gp bahawa negara China juga gagal untuk menaikkan pemain lain sebagus Lin Dan. Ini menunjukkan bahawa Lin Dan itu insan istimewa.1 daripada 6 billion manusia yang ada di muka bumi.Dan tak salah untuk melabelkan Lin Dan sebagai Lagenda.Jika benar jurulatih China menggunakan pendekatan saintifik dan terkini, pasti ramai pemain mereka sehebat Lin Dan yang sukar untuk di tewaskan berjaya di ketengahkan sedangkan mereka menerima latihan yang sama daripada jurulatih yang sama.

Faktanya adalah ini berlaku kerana perbezaan bakat.China yang mempunyai rakyat lebih daripada 1 billion orang mempunyai sumber manusia yang banyak jika hendak di bandingkan dengan Malaysia.Sebab itulah mereka berjaya menaikkan pemain-pemain baru tapi masih tidak sehebat Lin Dan. Malahan tidak salah juga untuk mengatakan bahawa pemain-pemain mereka yang lain masih tidak sebaik LCW.

Jurulatih yang baik tidak semestinya merupakan pemain yang berjaya di masa lampaunya sebagai pemain. Ini fakta. Jadi jangan membandingkan kejayaan jurulatih melalui masa lampaunye sebagai pemain.Jika ini menjadi penanda aras kepada kejayaan seorang jurulatih, maka Li Mao bukanlah jurulatih yang baik kerana pada zaman lampaunya sebagai pemain, bukanlah pemain yang hebat aka lauk.

Jika pendekatan Misbun ketinggalan zaman, pasti LCW tidak ingin lagi berguru dengannya. LCW bukan bodoh.Dia yang lebih tahu mana yang baik mana yang buruk sebab dia yang menjalani latihan tersebut setiap hari.

Jadi di mana faktanya seperti kata Anon tersebut?????Tiada atau lebih manis dikatakan kurang tepat.Sekian.

Anonymous said...

Salam saudara RH,bagi saya kalau MISBUN TAK KEMBALI adalah LEBIH BAIK.

Dalam hal chong wei nie,memang misbun yg kenalpasti dan cungkil bakat dia. tapi orang yang BERTANGGUNGJAWAB MENAIKAN NAMA CHONG WEI hingga ke TAHAP SEKARANG BUKAN MISBUN TAPI JURULATIH DARI CHINA LI MAO.

DI BAWAH LI MAO, LCW mencipta kejayaan demi kejayaan.Time tu LIN DAN first,Hyun il second, LCW third ranking dunia.Lepas tu LCW pintas Hyun il jadi rank kedua dan dah boleh beat hyun il.

LI MAO membawa LCW ke TAHAP RANGKING KEDUA DUNIA DAN MUNCUL PENCABAR BARU LIN DAN.... (FAKTA)

PAstu LI MAO letakan jawatan secara mengejut dan kemudian menjadi coach korea.Bermulalah episod MISBUN di situ dan mengambil alih peranan yg ditinggalkan LI MAO.

Memang banyak yang kejayaan yg dicapai oleh LCW tapi MISBUN gagal Membimbing LCW utk jadi real pemain no1 dunia..Iaitu menewaskan LIN DAn. Ingat LCW no1 dunia ari nie bukan Sebab dia lebih hebat dari LIN DAN tapi kerana kurangnya penyertaan LIN DAN dalam SUPER SERIES.SBB TUE LA LCW gagal meraih MAJOR TITLES kerana sering kalah dgn LIN DAN.

JADI APA YANG TELAH DICAPAI OLEH MISBUN DALAM MEMBIMBING LCW SEBAGAI COACH? KALAU SETAKAT MENJADI PEMAIN KEDUA TERBAIK DIBELAKANG LIN DAN ITU SEBENARNYA TELAH DICAPAI SEJAK DULU SEMASA LI MAO MENJADI COACH LCW.JAWAPAN DIA IALAH TIADA KEMAJUAN ATAU STAGNANT.

JADI dalam kes nie tak ubah macam peribahasa "lembu punya susu sapi dapat nama"..

Pada pandangan saya LiN DaN dapat MENGALAHKAN LCW bukan kerana LIN DaN JAUH lebih UNGGUL dari SKIL permainan dengan LCW.TAPI KERANA RENTAK PERMAINAN LCW YG SUDAH dapat DIBACA OLEH LIN DAN..

Jadi pada saya MISBUN patut diganti sejak dari dulu lagi.Mungkin dgn terjadinya perletakan jawatan misbun dan LCW kini dibawah seu bock ada hikmahnya.

Cuba kita lihat perkembangan LCW sejak dibawah seu bock,hasil yg positif telah mula terhasil. SUPER SERIES KOREA ari tue secara peribadi aku rasa LCW patut menang ngan LD.Cuma HILANG FOKUS dengan melepaskan TIGA mata mudah di set ketiga tlh membawa padah.

Tapi all england ari tu LCW membenam LD straight set.LIN DAN CAM HILANG ARAH kerana permainan yg dijangka oleh LD disajikan LCW selama ini tidak terjadi pada ari tue.

Jadi angin perubahan yg dibawa oleh seu bock adalah sesuatu yg promising.LIN DAN pasti tak dpt tido lena slps nie.Rentak permainan baru yg boleh mengalahkan LIN DAN dlm perebutan major titles telah berjaya dicipta oleh komposer bernama seu bock.

Jadi apakah relevan kembalinya rentak sumbang Misbun dalam permainan LCW yg terbukti gagal dalam menghadapi LIN DaN SELAMA INI(FAKTA)?

MEMANG LCW MENGAMALKAN CORAK MENYERANG SEBELUM KEDATANGAN LI MAO LAGI.. TAPI DIMANA KEDUDKAN RANK DUNIA LCW SEBELUM KEDATANGAN LI MAO?DIA TAK KEMANA PUN..

LCW memang SOraNg yg gigih berusaha tapi itu belum cukup dan dia memerlukan coach yg bagus utk pegi lebih jauh..

Di BAWAH LI MAO, LCW mencapai kemajuan dan kejayaan dan walaupun belum tahap juara dunia (di belakang LIN DAN).Pada waktu itu LCW masih gagal tewaskan LD,tapi kena ingat LCW masa tu adalah pemain yg baru meningkat naik..utk menewaskan peman sehebat LIN DAN memerlukan masa.BUKAn NAK AGUNGKAN LI MAO NIE tapi itulah FAKTA. FAKTA TAK MENIPU....

Bila DIBAWAH MISBUN,LCW MASIH LAGI DI HANTUI BAYANG2 LIN DAN.JADI DIMANA KEMAJUANNYA?

Kalau di perhatikan bila LCW vs LD semasa di bawah misbun.rentak pasif tunggu dan lihat dipamerkan..dan byk mengharapkan kesilapan lin dan menolak bola kluar atau sangkut dijaring utk dapat mata.

Jadi pesanan saya buat ORG2 macam DAtuk MAzlan atau sesiapa sahaja,jangan dok memandai mandai tentukan siapa coach LCW,biar LCW tentukan sendiri. kerana dia jer yg lebih tahu siapa yg terbaik utk jd coach dia untk olimpik 2012 nant. Dan ternyata telahan saya benar LCW MAU SEU BOCK. MISBUN PLEASE BACK OFF....