Saturday, January 15, 2011

Prolifiknya seorang mantan

Zafarul Aswad, seorang penggiat badminton dan pembaca setia blog ini, bersependapat dengan mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad, yang akhir-akhir ini semakin prolifik dalam menyatakan pendiriannya menerusi kolumnya di Utusan Malaysia.


Dulu tidak lama lepas Mazlan pencen selepas 12 tahun lebih menerajui MSN, aku cadangkan agar kerajaan ambillah dia selaku penasihat. Tapi masa tu nama Philip Chan harum...bidan terjun dan pakar sukan zaman Azalina. Ada di kalangan bos-bos aku pun tuduh aku ada agenda...jin haprak betul lah. Ini masalahnya kalau manusia tidak objektif dan ada syak wasangka, orang yang ikhlas dituduh macam-macam!

Orang macam Mazlan ni rugi kalau pembuat dasar tak pick his brains. Dia seorang KP yang berfikir secara strategik dan rajin buat kertas kerja, bukan makan angin saja. Kalau makan angin, aku pun boleh jadi KP...KSU pun boleh!

Bacalah kolum dia di Utusan...dan debatlah dengan dia kerana Mazlan memang suka berbincang. Zaman dia KP MSN, pintu sentiasa terbuka.


Sebab itu Rajes Paul dan beberapa wartawan yang kenal dia sentiasa sudi beri ruang kepada Mazlan sehingga hari ini. Baca laporan the Star di sini

Lagipun Mazlan ni bukan mengejar publisiti murahan. Dia gemar cari jalan penyelesaian...bukan jenis telefon reporter mintak carry quotes dia...

4 comments:

Anonymous said...

Salam bro rizal,

Saya setuju dengan pendapat saudara mengenai mantan KP MSN yang sentiasa mengikuti perkembangan sukan negara walaupun telah lama bersara tetapi tidak bersara dari memberi pendapat dan idea-idea yg relevan dalam memajukan sukan negara....dan ini bukanlah bermakna saya pro mantan KP tp saya suka dgn idea-idea nye...

Klu x silap saya la...dulu masa saya jaga sport klu nk jumpa pun KP MSN pun senang walaupun sibuk dgn tugasan seharian. Beliau akan luangkan masa. Saya difahamkan KP MSN yang ada sekarang tidak lekat di pejabat memanjang keluar negara atas urusan rasmi katanya...betul ke...

Klu bro rizal nk jd KP, saya pun nk jugak coz boleh jalan2 makan angin...n buang angin...

Anonymous said...

Salam brother,
Tidak dinafikan kewibawaan mantan KP MSN. Tapi hanya nak ulas mengenai Tn Misbun. Jurang M.Ramdan dengan pemain Elite sangat luas. Kira guru Tingkatan 1 mengajar M.Ramdan wajarkan bapanya guru Tingkatan 5 bilang, saya lebih arif mengajar anak saya? Tn Hj Misbun berharap style stroke play digunakan kini 21 point system? Mengapa Tn Hj Misbun tidak percaya Jurulatih Hendrawan? Permainan sudah banyak berubah lebih menjurus pendekatan sains, mengapa Tn Hj tidak serasi mengunakan sport sains? Banyak perkara perlu di bicarakan..berapakah gaji Tn Hj.,apa jadi dengan Hazwan, Kuan Beng Hong, Lok Chong Chih,Chun Seang.. Tn Hj. mampu membawa pemain ke satu taraf - peringkat remaja ok lebih dari itu mungkin sukar. Usah kita lupa sumbangan Li Mao dan Morten Frost sebelum Tn Misbun. Pencapaian LCW mula meningkat lepas Li Mao. Mana pengiktirafannya...LCW seorang jutawan..alhamdullilah baguslah. tepuk dada tanya selera .. adakah atlet badminton dipinggirkan semak perlakuan sebalik tabir..tajaan persendirian adakan diketahui umum..biar ada ketelusan dan pegangan terhadap etika kesukanan, jati diri. Players don't eat sleep breath badminton... maybe juniors yes.. tumpukan perhatian atlet dari 9 tahun.. kita mampu mendapatkan ramai Juara Dunia Peringkat Remaja..lepas itu... Lets think out of the box, kita perlukan pendekatan dinamik dan strategik utk skuad Elit. berilah peluang bagi perubahan. Emosi tidak boleh menghasilkan emas di Olimpik. My take..LCW won't be able to win gold in London Olympics..No brag just facts.

Anonymous said...

Misbun pandai cakap aje. tapi perancangan takde... modal air liur dan air muka sedih untuk tarik simpati. Jangan rosakkan nama keluarga Sidek, jgn gunakan itu untuk dapat simpati atau nak cari projek. Lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

salam bro,

mantan kp dengan kp sedia ada terlalu jauh bezanya mcm langit dgn bumi...kp ni suka dipuji melambung tapi keje hampeh lagi-lagi dikelilingi oleh kaki bodek yg pandai bodek yg "ada personal interest" walaupun tak layak duduk di kerusi empuk....klu x pecaya pegi la masuk msn tgk sendiri...tanya sape org kuat dato zol...

saya pun heran kenapa orang yg memang ada kebolehan dan kemahiran dlm memajukan sukan tidak diberi peluang utk menerajui walaupun tmpoh perkhidmatannya telah abis...ini azalina punya angkara la...mana peginya pakar rujuk dia si philip chan...yg mmg pandai menghabiskn duit msn...

dato zol pun x pndai buat keje...yg dia pandai gi mkn angin sambil bershopping-shopiing walupun sepatutnya kehadirannya tak diperlukan........

saya cau dr sana pun sbb org kanan dia yg blagak pandai...tp sebenarnye mmg tak pandai....