Friday, May 27, 2011

Kafe Sukan ke Kota Bharu...

Dua minggu lalu, krew Kafe Sukan dimaklum akan bersiaran langsung dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu. Selesai urusan menghantar anak-anak, aku bergegas ke Subang. Dalam perjalanan, aku mengirim pesanan ringkas kepada dua individu - B. Sathianathan dan Pak Mat Fahmy, blogger dari Kelantan yang prolifik menulis dalam bahasa Inggeris. Di airport, aku terserempak dengan pegawai MSL, Kelvin Wong, yang juga menuju destinasi sama, maklumlah, separuh akhir kedua Piala FA. PakMat berkeras mahu mengambil aku di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, sekalipun dia duduk di Bachok. Di saat yang sama, Razlin KP Hanifah, penerbit siaran langsung Astro Arena, mengirim nombor pemandu yang bakal mengambil aku di airport. Aku ucap terima kasih saja, kerana sudah berjanji dengan PakMat.



PakMat dan aku tidak pernah bertemu, hanya di dunia siber dan bercakap menerusi telefon serta SMS. Jadi kesempatan ini tidak harus ditolak. Pesara kerajaan yang kaya pengalaman dan bijak menulis dalam bahasa Inggeris. Bacalah blognya, di sini. Gambar ini dirakam berlatarbelakangkan Masjid Muhammadi selepas solat Zuhur yang diimamkan oleh PakMat...



Setibanya aku di airport, PakMat sudah menunggu. Dia ditemani dua anak saudaranya, Naim dan Ridzwan, dengan kereta rasmi Red Warriors mereka...aku sudah maklumkan kepada mereka Kelvin turut serta...upahnya, tiket percuma di astaka! Kami makan nasi kerabu...pergghhh, sedap...tengah syok makan, datang Norshahrul Idlan Talaha sekeluarga pun nak makan di situ...dia tanya "Cikgu sihat?". Dalam pada itu, Kafa melancarkan Al Hamra Red Warriors Academy (Army), aku singgah sebentar courtesy PakMat, yang memastikan Kelvin mendaftar masuk dengan lancar di Kelantan Trade Centre...kemudian PakMat membawa aku membeli murtabak raja, dua keping, tempat yang sama dia bawa Tun Rahah Noah baru-baru ini..."Ini I kirim kat Intan!"...


Berehat sebentar, kemudian aku, Akbar dan Liz make-up artist bersiap ke stadium sebelum Maghrib...suasana di stadium sudah meriah...


Aku terkejut apabila ternampak tetamu Dato S. Sivasundaram memakai baju hijau lebih kurang macam hijau aku...alamak, apasal tak pakai merah kuning (takkan kalah 5-1 separuh akhir pertama dah tak nak pakai merah kuning kot)...Tan Sri Annuar Musa pun pass remark: "Ini komplot ke ni, baju sama colour ni"


Selepas setengah jam bersiaran, dengan aku meramalkan Selangor tersungkur dan pulang awal, kami tonton perlawanan dari sudut ini...jangan risau, bukan aku tengok awek bertudung kat depan tu...nak masuk dalam dah sesak sangat...


Barangkali suasana sebegini hanya boleh didapati di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya


Pulang sebelah pagi, aku terdengar suara memanggil aku "Rizal Hashim!"...Sathia yang tak sempat kutemui malam itu akhirnya dapat juga berkongsi pandangan...kami check-in sama dan akhirnya duduk sebelah-menyebelah. Abe Ya (kiri) disapa semua orang, memang betul-betul macam YB. Abe Ya, Darren Althofer (pengurus besar Astro Arena) dan K. Devan, jurulatih Selangor yang balik dengan flight Firefly yang sama...

6 comments:

anakmemberontak said...

berpeluang bertemu abang blogger terkenal dan juga Pak Mat.. ;-)

rizal hashim said...

anak memberontak,

lupalah nak sebut terjumpa di masjid cabron del mundo aka rambo aka alfadli....!!!!!!

hahahaha

ZLATANERA x said...

wah..baru perasan logo 'Dengan Izin' Good Job bro Rizal..Teruskan soalan-soalan panas anda..
Saya cadangkan..'Dengan Izin' juga disiarkan di luar studio..amacam ok tak? panassss...

http://simple-mzs.blogspot.com/

Anonymous said...

SAUDARA RIZAL,

BARANGKALI SUASANA BEGINI HNYA BOLEH DIADAPATI DIKOTA BHARU, LIGA MALAYSIA PASUKAN YANG BOLEH MENARIK PENONTON KESTADIUM MENJADI PENUH DIMANA PASUKAN2 YANG BERADA DITANGGA PERTAMA HINGGA KE 4 DAN SEMI FINAL DAN FINAL JE, YANG LAIN2KITA BOLEH LIHA BYK KERUSI YANG KOSONG. KITA BOLEH PERHATIKAN SUASANA KT STADIUM DARUL AMAN KINI... TAK MCM DULU SEMASA MEREKA ADA TRIO IMPORT YANG BERKUALITI DAN MEMENANGI TREBLE DLM SATU MUSIM. BOLA SEPAK M'SIA..... MCMMANA NK TARIK PENONTON KE STADIUM.

PEMINAT SUKAN

norahulfa said...

sepanjang saya berkhidmat sebagai pegawai sukan, saya x pernah merasai duduk kat luar astaka/stadium, saya pernah nak cuba utk keluar daripada stadium, pihak pengurusan tidak membenarkan saya utk melakukan demikian kerana faktor keselamatan, lagipun saya wanita..:)kami di eskort oleh pihak polis hingga ke hotel..:)

Ikhwan Gold Trading said...

Memang betul, syarat untuk menarik penontong sekarang ni team tu perlu performs! Tapi kalau semua team nak performs pasti ada team yang terkebawah? So, kalau semua team2 Liga super dapat berikan persembahan berkualiti dan permainan menarik tak mustahil kalau duduk bawahan Liga pun supporter pasti datang. Lagi satu, pengurusan FA/FC kenalah lebih kreatif lagi nak tarik penonton ke Stadium. BUatlah mini konsert ker, lucky draw ker or whatever...