Friday, January 27, 2012

Al-Fatihah buat Razali Alias

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Aku baru terima berita Razali Alias meninggalkan kita. Takziah buat keluarga Allahyarham.

Aku mengikuti kerjayanya sejak kecil. Daripada isu kewarganegaraannya, hingga kepada corak permainannya mengawal jentera tengah serta jaringan volley dari luar petak penalti pada final Piala Malaysia 1986 kekal dalam memori aku.

Secara peribadi, final itu aku kenang kerana tiga sebab - juara bertahan, Johor negeri kelahiranku tewas teruk, volley Razali dan final terakhir buat Allahyarham Mokhtar Dahari.


Allahyarham Razali (biru tengah) memegang Piala Sumbangsih bersama rakan sepasukannya di Selangor


Apabila Razali mengambil alih jawatan jurulatih Proton FC pada 2007, aku berkesempatan menemuinya beberapa kali...dan kali pertama bersua semula selepas beberapa tahun, aku mengingatkannya kepada gol 1986 itu.

"Eh awak ingat lagi gol tu eh?"

"Tentu sekali, tuan antara pemain tengah yang saya kagumi...pandai shield bola, bijak buat through ball, tenang dan cukup skilful...sayang tuan tidak dapat wakili Malaysia."

Ingat lagi tak zaman Razali muncul botak di tengah padang?

Allahyarham menderita hepatitis B. Baca di sini


Gambar kenangan bekas pengarang majalah Bolasepak, Rodly Fadly (kanan), bersama Razali (tengah). Hubungan Rodly dengan Allahyarham memang akrab. Gambar dirakam pada 1984 ketika Allahyarham mengunjungi pejabat Harian Nasional di Genting Klang, Setapak. 




Selamat jalan Razali. Jaringan anda abadi dalam kenangan. Semoga roh Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehin. Amin.

5 comments:

Roshidi said...

Alfatihah , semoga ditempatkan dikalangan golongan beriman.. pemain tengah yang hebat , di zaman kemuncak berhijrah ke Malaysia , hampir mewakili Malaysia tetapi peraturan dari FIFA melarang kerana Allahyarham lebih dulu mewakili Singapura dalam Piala Lion ..

rashidi said...

Diberitakan juga hubungan Allahyarham dengan sahabat baik beliau Fandi Ahmad telah menjadi renggang apabila beliau berhijrah dan berhasrat mewakili Malaysia..beberapa tahun kemudian barulah hubungan mereka kembali seperti biasa , dan Fandi mengikut jejak Allahyarham berhijrah ke Malaysia tapi masih warganegara Singapura. kalau ada masa Rizal boleh tanya Fandi untuk sahkan peristiwa tersebut.

Anonymous said...

Al-Fatihah.........

Jasamu dikenang....

Miura Nakata

Anonymous said...

Al Fatihah...mmg gol itu merentap semangat kami anak Johor yang berada di Std. Merdeka. Apapun kami sekeluarga mendoakan roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang yang dimuliakan Allah.

ZAR

Andrew Gopal said...

Rest in Peace Razali. You played well for the state.