Thursday, March 1, 2012

Fiesta Bola Sepak 7 Sebelah

Siaran Media
 

SMK ZAABA ‘A’ JUARA SARINGAN PERTAMA FIESTA BOLASEPAK 7 SEBELAH MALAYSIA

KUALA LUMPUR ,1 MAC 2012- Fiesta Bolasepak 7Sebelah Malaysia telah pun bermula dengan Kuala Pilah menjadi venue pertama bagi acara ini . Pada saringan pertama peringkat Negeri Sembilan itu, SSNS SMK Zaaba ‘A’ berjaya menewaskan Sri Menanti FC untuk muncul sebagai juara peringkat Negeri Sembilan pada 26 Februari 2012.

Fiesta yang akan menjelajah ke seluruh negara ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS ) pada 8 Februari 2012 lalu.

Saringan peringkat Negeri Sembilan diadakan di Mini Stadium Kuala Pilah dan telah menarik penyertaan sebanyak 41 buah pasukan termasuk pasukan luar dari Negeri Sembilan.

SSNS SMK Zaaba ‘A’ membawa pulang hadiah berupa Piala iringan, medal serta wang tunai sebanyak RM1,000. Naib Johan dimenangi oleh Sri Menanri FC membawa wang tunai sebanyak RM800 manakala tempat ketiga disandang oleh Gemas Galaxy FC dan Lukut Indian FC tempat keempat.

Upacara perasmian telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato Hasan Malek yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Saringan yang kedua akan diadakan di Negeri Perak dan Teluk Intan dipilih sebagai tuan rumah. Fiesta ini akan diadakan di Mini Stadium Majlis Perbandaran Teluk Intan pada Ahad 11 Mac 2012. Fiesta di Teluk Intan nanti akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Kay di talian 016-9178709, Halim 013-5941991 dan DD Fairuz 019-4508522, borang juga boleh didapati di Pejabat Persatuan Bolasepak Daerah Teluk Intan dan di HRC Station 18 Ipoh sebelum 10 Mac 2012.


No comments: