Wednesday, April 18, 2012

Tahniah LCW, Lulu Dolphin

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong yang masing-masing membawa pulang trofi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 malam tadi. Juga kepada semua pemenang lain, termasuk bekas Setiausaha Persekutuan Lumba Basikal Selangor, Shaharuddin Jaafar, yang menerima Anugerah Khas.


Kerana Kafe Sukan, aku mendapat penghormatan menemu bual LCW. Baca LCW good mood


Kerana Kafe Sukan, aku menerima penghormatan menemu ramah ratu terjun negara, Pandelela, atau Lulu Dolphin.


Gambar terbaru Pandelela, dengan Olahragawan Muar, Fahmi Omar, bekas wartawan Bernama, Berita Harian dan Harian Metro yang kini jadi PRO MSN

Pandelela baru selesai bertanding pada pusingan ketiga Siri Terjun Dunia (WDS) di Moscow, Rusia, Sabtu lalu dan sepatutnya terus berlepas ke Tijuana, Mexico bagi menghadapi pusingan terakhir WDS. Namun dia memilih untuk mengharungi perjalanan pulang sejauh 11,300 kilometer ke ibu negara semata-mata untuk menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 yang berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan malam tadi.


Pandelela yang merupakan antara calon untuk Olahragawati Kebangsaan 2011 pulang ke Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan Anugerah Sukan Negara sebelum berangkat semula ke Mexico yang bakal memakan masa selama 21 jam, hari ini.

KEPUTUSAN ANUGERAH SUKAN NEGARA 2011

Olahragawan - Datuk Lee Chong Wei

Olahragawati Kebangsaan - Pandelela Rinong

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Skuad Memanah Negara
(Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)

Pasukan Wanita Kebangsaan - Renang Berirama
(Katrina Ann Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yzhing Huey, Emanuelle Mah Thil Da)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Allahyarham Muhamad Salam Sidik

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hemala Devi Eni Kutty

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan

Jurulatih Wanita Kebangsaan- Rosniza Abu Bakar

Anugerah Kepimpinan Sukan- Datuk Seri Kee Yong Wee

Anugerah Tokoh Sukan - Tiada Pemenang

Anugerah Khas - Shaharudin Jaffar

3 comments:

Anonymous said...

Cayalah Pandalela! Kalau dapat kat Mun Yee yang cun tu pun ok jugak. Hehehe. Janji bukan Nicol lagi. Dah muak asyik tengok Nicol je yang conquer. Kasi chance la kat orang lain, kan? :)

-Pencinta Sukan-

Anonymous said...

sdra rizal,

1. anugerah sukan negara utk encik shahruddin jaafar, sekalipun terasa terlambat, sangat dipuji, sangat tepat sekali dan sesungguhnya sudah lebih kena daripada waktunya.

2. tokoh seperti encik shahruddin inilah contoh kegigihan dan kegilaan dalam menjulang martabat lumba basikal sejak awal-awal lagi.

3. encik shahruddin adalah bekas pelumba serta pegawai tertinggi persatuan lumba basikal negara dan negeri (Selangor) yang tiada tolok bandingnya.

4. beliau sefadalnya dianugerahkan lebih besar lagi, contohnya anugerah Datuk oleh persekutuan dan/ atau negeri, melalui sokongan MSN dan juga MOM, memandangkan pengorbanannya satu ketika dulu sungguh luar biasa tanpa mengira masa dan wang ringgit.

5. benih asal encik shahruddin membuahkan pelumba2 gah bertali arus sehingga begitu harum kini sampai mencecah Olimpik.

6. percayalah jasamu dikenang, jasamu disanjung. terima kasih MSN.


Kaki Basikal
Stadium Merdeka

Anonymous said...

Alamak, nasib baik gamba PRO MSN kuar kat blog je..kalau tak controversi la.. Apepon tahniah pandelela, love ya!