Saturday, May 26, 2012

Adakah ini skandal rasuah Episod 2?


S. Thanasegar - satu nama besar satu ketika dulu.

Dicungkil bakatnya hasil Projek 2000 yang dilancarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Thana ditampilkan oleh Robert Alberts dalam skuad Hijau Kuning pada 1993 selepas cemerlang di peringkat Piala Rahman dan Piala Razak.

Selepas membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 1993, Thana antara 30 pemain disenarai sebagai pelatih di IKIP, Kuantan.dan terus diserapkan ke dalam skuad pra-Olimpik Claude Le Roy pada tahun berikutnya.


Thana 1993


Thana 2012

Bahkan Thana yang berasal dari Bukit Selambau, membintangi skuad negara ke Sukan Asia di Hiroshima pada Oktober 1994. Licik, mahir menggelecek dan bijak mengintai peluang, Thana disifatkan sebagai prospek besar.

Namun dua bulan kemudian, dia ditahan atas dakwaan terbabit dalam gejala mengatur keputusan perlawanan. Lalu digantung.

Kini nama Thana muncul kembali. Khamis lalu, dia bersama pengadil Shokri Nor masing-masing didakwa menerima RM15,000 untuk mengatur keputusan perlawanan Lions XII dengan Sarawak yang dimenangi pasukan Singapura itu 3-0 Selasa lalu.

Shokri, 47, sebelum ini banyak kali dikecam kerana dilihat gagal menyempurnakan tugasnya dengan profesional.

Kena tanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kenapa seorang pengadil berusia 47 tahun masih bertugas?

Baca laporan NST, klik di sini dan baca komen bekas pemain pra-Olimpik.

Tindakan pantas pihak berkuasa Singapura ini mengingatkan aku kepada kejadian 1994. Pengadil T Rajamanickam dari Singapura ditahan pada Oktober 1994 membawa kepada penahanan Michal Vana dan seterusnya membongkar satu skandal rasuah membabitkan Malaysia dan Singapura sehinggalah Singapura dibuang daripada saingan Liga M.

Apakah dakwaan terhadap Shokri ini akan membongkar episod kedua sebuah skandal?

12 comments:

Anonymous said...

Atap rumah,kalau dah tiris,kena tukar baru...dah bnyak sgt da tiris ni,..

Anonymous said...

cari mastermind sampai jumpa...kebal tak kebal salah tetap dihukum...

Anonymous said...

Masuk jer singapore dlm liga kita.. kes rasuah jadi blk.. x sedor2 lg ker fam.. sigapore lubuk bookie.. s league org singapore x layan sbb bookie bnyk sgt.. yg kite cari nahas amek diorg buat ape?

Anonymous said...

Black day in the history of Malaysian referees...

Amat malu saya dengan 'black sheep' yang tamak haloba, rendah etika dan tiada iman.

Way back - 10 or 15 years ago, our refs were really well sought after by countries in West, South and East Asia to assist in their domestic leagues because of their high level of competency and integrity...

Oman, Qatar, Bangladesh, Indonesia, Vietnam, China...pernah menerima khidmat Ref kita dahulunya..

Sekarang habis musnah...kerana nila setitik ( atau banyak titik lagi belum pasti!!)

Malu, malu TERSANGAT MALU saya..

Anonymous said...

Mcm mana dgn coaches yg dihukum kerana mengkritik pengadil? Jd tuduhan coaches keatas pengadil atas kesilapan mereka sebenarnya adalah genuine mistake atau sebaliknya? Hanya mereka sj yg tahu.

Final Piala Malaysia kena minta referee join kapten team finalist buat integrity oath.

muteaudio

Anonymous said...

kenyataannya bagaikan ada kebenarannya seperti yang diperkatakan oleh pegawai Fifa di Singapura...

Anonymous said...

woi sial lion.....tarik balik kemenangan tu...........!!!!
aku rasa banyak lagi team yg kena rasuah ngn lion......team lain main ngn lion macam tahi.....lawan kelantan berkobar2 pulak diorang main........tapi kelantan je yg betul2 main lawan lion....!!

kelantan je yg nak selamatkan maruah malaysia......team lain kebanyakkannya da kena suap.....


(maklumat bocor dari individu tertentu)

(SIAL KAU FAM)

rizal hassan said...

Patut referee dilantik dr kalangan imam2 masjid dan ustaz2 je. Biar tau dosa pahala.

sabahawkians said...

Memalukan...FAM patut bertanggungjawab. Janganlah episod hitam 1994 berulang lagi.

Anonymous said...

FAM adalah bookie paling besar

Anonymous said...

Why didnt FAM detect the corruption towards the game that has been played in our league? Something is wrong somewhere here.

Before this, my nephew (who is a friend of a coach of State President team), saw one FAM official (one of the top ones) talking to a bookie. (the coach recognize the bookie, not far from the training ground).

Are FAM officials involved in all the match fixing? Was this one of the reasons (maybe the main reason) Tan Sri Annuar Musa was victimised and suspended because he knew these things happen within the FAM ?

I urged, everyone, including commentators, reporters and bloggers, to be proffessional enough, wake up and stand up, and say something and be objective enough, well only if we want to see Malaysian football at his best.

Maybe this explains why FAM is unable to put Malaysian football in world map, as, too much interest and time spent thinking on the matters,( well of course maybe a lot of money involved).

We, by now should be challenging teams like Japan, Korea , Qatar , and not struggling against team like Singapore. (Singapore doesnt even have a proper soccer field) field).

In the case of current Malaysian football team, I think we didnt select the best players. How come the Malaysian football team is built around the players from a team which is not showing results in local league and as well as the team from lower league, who has yet to prove anything. To comment on the current, performance there is no creativity and little passes among the players in the midfield, flankers just do not know how to cross the ball into the danger area, left and right back do not have the energy to overlapp up and down , and players seem to be playing for personal glory instead for the team.

You guys tell me who is responsible for all these? or else, we are saying Malaysian football team is fantastic, as long as we can beat Brunei.

Do we love our football, or maybe we too have our personal agenda and favouritism towards certain matters.

Haris Bin Ahmad

Anonymous said...

itu thana segar kasi buang dia dok singapore la.....bikin malu orang Malaysia....dulu pun rasuah da tua pun mau bikin lgi ke......lu pikir la sendiri....kerja la....lagi mau cari duit senang ke.....tala guna punya olang