Monday, May 7, 2012

Petinju kena pukul

Bagaimana dan mengapa petinju negara Muhamad Farkhan Haron dibelasah sehingga terpaksa menjalani pembedahan pipi di Johor Bahru malam tadi?

Apakah dia menjadi mangsa aniaya? Dengar cerita dia dijemput menonton final Piala FA di antara Chelsea dan Liverpool di sebuah tempat. Farkhan, penyokong Liverpool, tidak menolak.

Akibatnya, baca di sini.

Dua minggu lalu, Akbar dan aku menemu bual Farkhan dalam Kafe Sukan. Dia menceritakan peluangnya untuk ke temasya Olimpik di London tipis selepas kuotanya secara politik dirampas. Kami bertanyakan sama ada peluang menerusi wildcard wujud dan dia menyebut kemungkinan tipis.

Farkhan juga mendedahkan mendapat tawaran untuk menjadi seorang petinju profesional.

Difahamkan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), dengan bapa Farkhan Haron Ismail selaku Timbalan Presiden, sudahpun menulis surat kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk berusaha mendapatkan wildcard.

Kejadian yang menimpa Farkhan harus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Siapa petualang di sebalik insiden itu?

Apakah tahap kecederaan yang dialami Farkhan?

Jika dia mendapat tiket wildcard, apakah dia sempat pulih?



Pemenang pingat emas Sukan SEA Laos 2009 (kiri) bersama petinju rumah


Aku di celah-celah bapa Farkhan, Haron Ismail, dengan (dari kiri) Suhairi Karim, Rakib Ahmad, Adnan Yusoh dan Zainuddin Sidi ketika membuat liputan tinju di Dewan Wythenshawe, pada Sukan Komanwel di Manchester sedekad yang lalu.

Semoga Farkhan cepat sembuh dan kembali ke gelanggang!



7 comments:

Anonymous said...

Petinju kena pukul???? Alamak apasal tak lawan???? Bagi la balik Jab, Hook, Upper-Cut dsb....Simpati pd anda Farkhan...berdoalah agar kes anda disiasat penuh rapi. Tak dapat ke Olimpik tak pa..cuba try kat Kejohanan lain pula.

Azfarina Aziz THE MIRACLE said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

byk juge eh bkat terpendam warga malaysia ... nape x pegi ujibakat ..

Anonymous said...

miss azfarina

dont simple accuse some if you didnt know the whole story. he is a boxer with down to earth attitude always respect elder and never riak or berlagak.

dont try to promote your profile here.

Anonymous said...

@Miss Azfarina :

Kalau x tahu cerita sebenar jgn buat andaian sesuka hati!

emelliaroslan said...

Btol tu....jgn wat cter.....
Now die dah ok....
Just pray for him

Anonymous said...

Klau x tau jgn nk wat cter.....
Die mkin sembuh skrg.....
Just pray for him